JOM kita selongkar tip memilih baju kurung mengikut bentuk badan. Lelaki pun kena ambik tau juga kalau-kalau nak hadiahkan untuk orang tersayang.
KURUS TINGGI – KURUNG PAHANG
Kurung Pahang akan kembang di bahagian bawah. Badan yang kurus dan tinggi akan nampak lebih menarik. Jika anda gemuk pendek elakkan baju kurung pahang , nanti nampak lagi mengembang.
RENDAH DAN KECIL (PETITE) – CORAK SAMA BAJU DAN KAIN
Pilih corak sama kain dan baju supaya ilusi nampak lebih tinggi.
RENDAH DAN PERUT BUNCIT – KURUNG PESAK GANTUNG
Jangan salah ye. Kurung Pahang kembang tetapi pesak gantung hanya kembang sedikit sahaja. Ia paling sesuai untuk tutup perut buncit dan tampak lebih langsing.
PUNGGUNG BESAR TETAPI DADA KECIL DAN PERUT LEPER – DART DEPAN
Jangan biarkan punggung nampak lebih besar.
DADA BESAR TETAPI PUNGGUNG LEPER – DART BAHAGIAN BELAKANG
Jika dart dibahagian depan, ia akan menyebabkan perut dan dada lebih menonjol.
BAHU BIDANG – CUTTING DUYUNG
Ia akan memberi keseimbangan pada bahagian bawah.
ainiz
salam sis terima kasih diatas info diatas saya mohon share ye sis infonye
Editor
ok silakan sis
Rahman Mat
Betul tu sis. Pandangan sy pula, meterial yang digunakan untuk membuat baju kurung adalah perkara yang paling penting. Contohnya baju kurung moden, kain yang paling sesuai adalah jenis como crepe dan cotton.
Mungkin sesetengah pengguna perlu mengambil kira meterial..
Terima kasih