Pemilihan warna baju kurung dengan tudung yang sepadan adalah amat penting bagi menggambarkan anda seorang yang pandai berfesyen. Warna yang tidak sepadan boleh menyebabkan penampilan anda nampak janggal dan kurang menarik. Di bawah ini kami senaraikan warna-warna baju kurung yang matching dan sesuai dipakai untuk ke majlis atau berhari raya.
1. Soft Brown / Coklat Cair
Warna coklat cair sesuai dipadankan dengan warna dark gold, biru gelap dan juga hitam.
2. Pearl Mint Green / Hijau Mint
Warna hijau mint ini sesuai dipadankan dengan soft pink, lilac atau coklat beige.
3. Soft Yellow / Kuning Cair
Warna kuning cair ini sesuai dipadankan dengan warna sage green, cranberry dan peach.
4. Deep Silver Grey / Kelabu Gelap
Warna kelabu gelap ini sesuai digayakan dengan warna pink dusty, biru kelabu atau coklat soll.
5. Soft Pink / Pink Lembut
Warna pink lembut ini sesuai digayakan dengan warna mauve, merah lembut atau beige.
6. Dark Knight Blue / Biru Gelap
Warna biru gelap ini sesuai digayakan dengan warna dark gold, biru muda atau honey gold.
7. Dusty Pink
Warna dusty pink ini sesuai digayakan dengan warna purplle mauve, pink rose atau beige muda.
8. Emerald Green / Hijau Emerald
Warna hijau emerald ini sesuai digayakan dengan warna gold, coklat atau hijau daun.
9. Red Maroon / Merah Meroon
Warna merah marron ini sesuai digayakan dengan warna salmin, kuning pastel atau coklat.
10. Royal Purple / Purple Gelap
Warna purple gelap ini sesuai digayakan dengan warna lavender cerah, hijau gelap atau violet gelap.
Itu sahaja 10 tips padanan warna pada kali ini, selamat mencuba!