Ade lagi ke yang masih tak tahu cara untuk mengukur size bra? Meh I ajar cara mengukur size bra supaya payudara anda selamat dan selesa. Pergi amik pita pengukur sekarang! Share supaya semua kaum hawa tahu.
1. Ukur Saiz Band
Lilitkan tali pengukur ke sekeliling bahagian tulang rusuk yang bermula dari bahagian bawah buah dada. Hembuskan sedikit nafas dan jangan berdiri terlalu tegak. Lakukan dalam posisi mendada ke depan seperti biasa. Boleh refer gambar bawah ni.
Ukuran yang anda dapat itu pastikan dalam inci. Cth, kalau dpt ukuran bersaiz 34 inci, itulah band saiz anda tau. Jika dpt ukuran nombor yg ganjil bundarkan sahaja nombor tu kepada nombor genap yang seterusnya. Cth, 35 haa amik 36. Boleh refer gmbar di bawah.
2. Ukuran Lilitan Payudara
Lilitkan di sekeliling bahagian payudara (refer gambar di bawah) dan jangan mengukur terlalu ketat. Berkemungkinan anda akan mendpt size cup bra yang tidak sesuai. Jika anda mendpt ukuran cth 0.5 maka anda hanya perlu bundarkan saja nombor tersebut.
3. Menentukan Saiz Cup Bra
Nombor yang anda dapat pada step 2 tadi tolakan dengan ukuran step 1. Perbezaan nombor (step 2 – step 1) yang anda dapat itulah size cup anda pakai. Cth, kalau perbezaan 1 inci size cup anda adalah A cup. Boleh refer gambar di bawah.
Contoh pengiraan yg lengkap Katakan ukuran payudara anda adalah 36.5 inci (dibundarkan ke 37 inci) dan band size anda adalah 33 inci (dibundarkan ke nombor genap 34 inci). Perbezaan di antara kedua-dua nombor itu adalah 3 inci. Jadi saiz bra yang ideal untuk anda adalah 34C.
Semoga bermanfaat kepada kaum hawa di luar sana yang masih tak tahu atau keliru untuk mengukur size bra sendiri.
Sumber: Twitter @iffahannah