Kalau berkunjung ke Negeri Sembilan memang wajib cuba bersarapan di Warung Roti Canai Kayu Api Kg. Jimah ni. Walaupun baru dibuka pada bulan Disember 2020, tetapi telah beberapa kali viral di media sosial kerana keenakan roti sarang burungnya.
Antara yang istimewa pada roti sarang burung ini daripada tempat lain adalah ianya turut disertakan dengan potongan daging salai yang mampu membangkitkan selera pengunjung untuk menikmatinya.
Kesemua roti di sini juga dimasak menggunakan kayu api secara tradisional bagi memastikan keaslian rasanya.
Menu yang terdapat di sini :
- Roti Sarang Burung Kayu Api
- Roti Sardin
- Roti Boom
- Roti Planta
- Roti Telor
- Roti Kawin
- Mee Kari
- Bee Hoon Soup
- Laksa & Lontong
- Kuih Muih
Waktu buka: Setiap hari kecuali Jumaat tutup, Jam 7.00 pagi hingga 11.30 pagi
Lokasi: Roti Canai Kayu Api, No 1, Lot 2874, Kampung Jimah Baru, 71950 Seremban, Bandar Sri Sendayan N9.53, N157, 71900 Sendayan, Negeri Sembilan
Waze: https://waze.com/ul/hw22rjv628
Telefon : 013-3288326, 010-4475517