Jika disebut berkenaan kuih keria mestinya ramai membayangkan kuih keria di Melaka, namun sebenarnya kuih keria yang lebih sedap terdapat di Sendayan, Negeri Sembilan.
Kuih Keria Wawa terkenal di kalangan penduduk setempat dan menjadi hidangan minum petang harian di Sendayan. Keria ini padat dengan isi keledak dan tidak kedekut gula melaka.
Isinya sangat lembut dan luarnya rangup menjadikannya kuih keria yang sangat istimewa berbanding di tempat lain.
Kuih keria ini akan dimasak panas mengikut batch dan pelanggan perlu menunggu sehingga batch tersebut siap atau boleh menempah dahulu sebelum diambil kemudian.
Waktu buka: 12.30 tengahari hingga 5.30 petang
Telefon: 014-6600822 / 017-2445489
Lokasi: Jalan utama hadapan Taman Bukit Sendayan, boleh waze ‘Kuih Keria Sendayan’
Waze: https://ul.waze.com/ul?preview_venue_id=66781211.667681034.9411986
Maps: https://goo.gl/maps/PNLsgmW97zGZDxii6